Monday 28 May 2012

Hati ini

Hujan yang lebat
Angin yang kencang
Hati tidak tenang
Jiwaku gusar
fikiran ku semak
tiada yang rasa
Apa itu dosa ?

Kilat menyambar
Bukan pada diri
syukur atas nikmat
yang telah diberi

Roda-roda kehidupan
bagai angin ribut
cabaran dan dugaan
ditempuhi dengan sabar

Thursday 24 May 2012

Pengajaran

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
Aku pun terkena jugak macam korang! best apa hahaha ..

Wednesday 23 May 2012

NGERI

Seorang lelaki yang bekerja disyarikat kewangan itu merupakan seorang pengarah muda yang segak dan tampan . Ramai staff wanita yang tergila-gilakan pengarah muda itu tetapi tiada seorang pun yang berani untuk mendekati pengarah muda tersebut kerana mereka sangat menghormati pengarah muda itu kerana pengarah muda itu adalah anak kepada CEO sebuah syarikat gergasi minyak didunia iaitu Royal Shell .

Waktu sekarang adalah waktu makan tengahari pejabat . Seorang staff perempuan mendekati meja di Starbucks dimana pengarah muda itu sedang khusyuk mengakses komputer ribanya . "Hai handsome . Can I sit here ? " Pengarah muda itu mengalihkan pandangannya pada staff perempuan itu dengan senyuman yang lebar . Hatinya membuak-buak apabila melihat staff perempuan yang muda dan dikenakan pula dengan skirt pendek betul-betul dibawah paras pinggangnya itu. "Sure ." Balas pengarah muda itu . Ringkas tapi penuh makna nadanya . Staff perempuan itu duduk rapat disebelah pengarah muda itu . Pengarah muda itu meneruskan kerjanya dikomputer ribanya . Staff perempuan itu merapatkan badannya dekat pengarah muda itu dan menongkat dagunya dibahu pengarah muda itu . Hangat rasanya bila dirapati dengan perempuan yang seksi itu .

Selepas makan malam, pengarah muda itu menuju ke sebuah hotel mewah ditengah pusat bandar Kuala Lumpur dengan menaiki kereta BMW 7 series bersama dengan pemandunya Pak Lang . Pengarah muda itu masuk ke dalam hotel mewah itu dan terus menaiki lif . Butang lif ditekan tingkat 27 . Tiba ditingkat 27, pengarah muda itu mengeluarkan sehelai tisu yang diatasnya tertulis 'tingkat 27, bilik 2708' . Pengarah muda itu membelok ke kiri dan selang 3 pintu tertera nombor 2708 dipintu bilik tersebut . Pengarah muda itu menekan loceng . Ting Tong . . . 3 kali pengarah muda itu menekan loceng tersebut tapi bilik itu seperti tidak berpenghuni . Kebetulan ada seorang pekerja hotel itu yang baru mengemas bilik 2709 baru keluar dari bilik itu . Pengarah muda itu memanggil pekerja hotel tersebut dan menyuruh pekerja itu membuka pintu bilik itu dengan alasan terlupa membawa kad kunci bilik itu . Pekerja itu pun membuka pintu itu seperti yang diarahkan dan pengarah muda itu mengucapkan terima kasih . Pengarah muda itu masuk kedalam bilik itu dan meninjau disekitar bilik itu . Tiada orang . Pengarah muda itu menuju pula ke bilik mandi . Apabila pengarah muda itu membuka pintu bilik mandi tersebut, dia terpelanting ke belakang secara spontan apabila terkejut melihat apa yang didepan matanya. Staff perempuan yang menjemputnya ke bilik itu telah terbaring di dalam tab mandi itu dengan matanya telah dicungkil keluar, berbogel, dibahagian dadanya pula telah ditoreh dengan benda yang tumpul yang menulis 1 ayat . " SORRY, AKU BOSAN TAK TAU NAK BUAT ENTRY APE . :p "


Kenali Diri


Aku tak percayakan sesiapa
Hanya percaya pada diri sendiri
Hidup hanya sekali
buat yang terbaik dan berusaha

Jangan percaya pada cinta yang tidak pasti
Jangan percaya pada orang sepenuh hati
Jangan percaya pada media massa sepenuhnya
Jangan terpedaya dengan hiburan semasa

Sayang pada orang tidak bermakna kita serahkan 100% kepercayaan padanya
Manusia berubah bila-bila masa
Walau hanya dengan 1 ayat, semua mati
Ingatlah ! dunia hanya pentas lakonan semata-mata

Jika cakap selalunya jujur
dalam hidupnya pasti ada dusta
Jika cakap kononnya fakta
dalam fakta terselit kemusykilan

Jika diri sendiri kita tidak percaya
apa makna kita percaya orang lain
Hanya kita yang tahu siapa kita
bukan mereka yang pakar tentang siapa kita

Tuesday 15 May 2012

1 Perkataan


Hidup di Malaysia sudah aman
mengapa perlu menodainya ??
jangan kerana kebodohan diri
nikmat kita di sini hilang

waktu yang ada ini
gunakan sebaiknya
usah sahabatku semua lupa
kita umat islam
kita perlu bersatu

ingatlah sahabatku semua
ingatlah bagaimana keadaan di palestin waktu ini
ingatlah bagaimana kehidupan mereka waktu ini
perit jerih mereka, hanya Allah yang tahu

kamon guys,
bersyukur lah dengan kemudahan yang diberi
jangan pentingkan diri
sebelum mati

ucapkanlah Alhamdulillah !

Peringatan Diri


Berjanji harus di tepati
berkata janganlah berdusta
Niat di hati biar telus
jangan wujud sandiwara syaitan


berkasih biar berpada
jangan percaya jika tak pasti
jodoh yg benar pasti akan ketemu
yakinkan diri pada Tuhan yg Esa


setiap pertemuan, telah di tetapkan
setiap perpisahan, ada hikmah
setiap permasalahan ada penyelesaian

selagi ada tenaga,
selagi ada kudrat,
selagi ada hayat,
berbakti lah pada kedua org tua
selagi ada masa, selagi ada peluang
jangan sia-siakan apa yg di depan mata


ini madah byk pengertian
ikhlaskan hati mendalaminya
usah resah dgn kesempitan
kerana Allah sentiasa ada


Akal dan fikiran kurniaan teristimewa
gunakan ia dengan sebaik-baiknya
jangan bertindak tanpa tujuan
tetapkan matlamat pasti akan berjaya

Friday 30 March 2012

Defend of the Ancient

SALAM . Entry kali ni adalah tentang game yang agak femes di kalangan remaja zaman sekarang iaitu DOTA (Defend of the Ancient) .

v6.70
(Sekarang dah v6.74c)

Gambar di bawah ni adalah Hero yang akan player pilih untuk di control dalam permainan ni . Ada lebih kurang 108 Heroes yang boleh di pilih . Setiap version baru akan ada Hero yang baru . Gambar di bawah ni adalah yang latest aku amek kat www.playdota.com .


Setiap game maximum capacity player adalah 10 orang . Jadi ia akan 5 vs 5 . Mereka akan di bahagikan kepada group Sentinel dan group Scourage . Objektif dalam game ni adalah untuk merampas ataupun dengan ayat yang lebih mudah adalah untuk memecahkan main tower group musuh .


di bahagian Timur Laut adalah base team Scourage manakala kat bahagian Tenggara lak base team sentinel . Setiap team akan cuba serang base musuh masing-masing tapi mereka perlu musnahkan tower pertahanan musuh di setiap lane .


Setiap Hero yang di pilih mempunyai kuasa yang berlainan . So, skill semulajadi player sgt penting dalam game ni dan juga TEAMWORK . Kalau gerak secara SOLO, probability untuk kalah sangat tinggi . =)

Cara permainan game ni adalah complicated . Nak jadi seorang yang professional dalam game ni perlukan masa yang lama . Player perlu memahami situasi mereka dan musuh-musuh mereka supaya mereka tahu apa yang perlu di buat untuk menguatkan dan mempertahankan base mereka .

Silap langkah akan merugikan team masing-masing . So, kepakaran dan pengalaman itu penting . Biasanya, game ini di kuasai oleh orang ASIA dan kebanyakan dari mereka adalah orang cina .

Nak cerita panjang-panjang lagi pun aku bukannya tahu sangat dan yang first time tahu tentang DotA ni pun takkan faham senang-senang camtu je . lebih baik korang try main baru korang tau feeling dia macam mana .

Penangan DotA memang berhantu . Kalau lelaki yang main, sorry kepada awek si lelaki ni , belum kahwin lagi korang akan di madukan dengan game ni . DotA yang utama dan awek yang ke-2 !! Kalau untuk penerangan maksud DotA ni oleh gamers or peminat fanatik DotA adalah :

D - unia
O - rang
T - anpa
A - wek

HOWEVER , bila awek ni SMS si lelaki yang tengah khusyuk main DotA ni dan si lelaki ni sanggup pause game untuk reply SMS tersebut, PLEASEEEEE ............ Jadi isteri dia dan jangan tinggalkan dia kerana lelaki ini bakal jadi suami yang paling prihatin dan penyayang ! HAHA

Entry ni aku buat khas untuk si Keriangan @ Kegirangan . =)

Ni ada video dari Basshunter - DotA


p/s : DotA sangat-sangat-sangat menguji kesabaran dan nafsu tamak anda .
=)
pss : Spiritual, Mentaliti, dan fizikal kena kuat . Jangan hentak mouse anda jika kalah .

Sunday 18 March 2012

Empty Your Cup

SALAM . Apa yang korang faham maksud "Empty Your Cup" ? kalau tengok kamus (google translate) maksudnya kosongkan cawan anda . Tapi aku bukan nak suruh korang kosongkan cawan korang tu . Ayat Empty Your Cup ni aku dapat dari seorang jutawan MLM (multi-level marketing) iaitu Pathman Senathirajah . Beliau salah seorang businessman yang aku salute abes la bila aku dapat tahu background beliau . kalau nak tahu lebih sal Pathman ni korang gi la kat  facebook page beliau ~> click here .

OK continue , setiap orang ada EGO right ??  walaupun tak banyak, tapi EGO ni adalah lumrah kehidupan manusia . tak payah nak membongak cakap tak EGO . kalau cakap tak de motor EGO tu aku caya la .


Kenali diri anda, selami diri, tanya pada diri, berapa banyak dan berapa tinggi percentage ke-ego-an anda ?
Bila EGO tu terlalu banyak dalam diri, sangat-sangat-sangat tak elok . biasanya orang yang EGOnya tinggi adalah orang yang tetap pada pendirian yang melampau walaupun dia tahu kebenarannya . Ini adalah orang yang berpendirian tetap yang ---> BANGANG .

Bukan nak kata 100% EGO tu tak bagus . Tapi kadang kala ada jugak bagusnya . EGO tu membuatkan orang nmpk kita lebih confident . Tapi ! gunakan EGO pada situasi dan persekitaran yang betul . Jangan 24/7 EGO .

Intro untuk entry dah tamat . Sekarang balik pada pangkal jalan ye . Aku nak uji daya imaginasi korang . Cuba korang bayangkannn segelas air yang penuh bila di isi lagi dengan air, ape akan jadi ?

dapat bayangkan takk ???

kalau tak dapat bayangkan, sila tengok gambar di bawah ni . :p


Ini gelas yang telah di isi penuh tapi orang yang isi ni degil, nak isi lagi . Jadinya, tumpah lah air tu . Ini bagai orang yang berlagak banyak ilmu dan EGOnya 200% , tak boleh nak terima pendapat orang yang lebih muda ataupun baginya orang tu tak banyak ilmu seperti dia .

Segala info dan pendapat akan di block habis habisan . Bagai otak dia telah di install Antivirus Kaspersky 2020 (premium) dan pendapat orang lain bagai VIRUS yang akan merosakkan otak dia . lagi sekali ini adalah contoh orang BANGtettttttttttttttttttttttttttttttttt !!! connection error plox !

Now, try you all compare with this picture :



Lancar je perjalanan air tu masuk kan ? Ini lah cara orang yang benar-benar berilmu . Jangan reject someone tu sebelum dengar pendapat or pengalaman dia . Try to listen and think before you speak . Berkata dengan bijak bukan berkata dengan hanya kata-kata . Tak semua yang kita tahu, kita tahu dan tak semua yang kita tak tahu kita tahu .


Untuk readers yang masih belajar and especially for university student, if you are repeated student, please come to class although you already know about the chapter . Mungkin Lecturer kita akan ajar method yang lebih mudah and simple, berbanding dengan method yang kita dah sedia tahu tapi itu pun tak pernah dapat jawapan dengan betul .

Semoga apa yang aku nak sampaikan, sampai kat KEPALA HOTAK KORANG . haha . CHILL ! 

FRIEND that NEVER END


SALAM . Setiap insan memerlukan sahabat . Tapi sahabat ni sangat subjektif . sahabat terbahagi kepada 2 :
1. Sahabat dunia dan akhirat
2. Sahabat DUNIAWI semata-mata

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sahabat dunia dan akhirat susah kita nak jumpa . Tapi bila dah jumpa tu, hargai lah mereka . 
Sahabat duniawi ni bersepah . tapi bila kita susah mereka macam tak wujud . hilang camtu je .

maka, beringat2-ingat dan berhati-hati lah ketika nak bersahabat . :)

Saturday 17 March 2012

STARTing

SALAM . Ini permulaan baru untuk hidup baru dan BLOG aku yang baru . Blog sebelum ni agak serabut dan banyak yang perlu di perbaiki dan aku malas nak betulkan . Now, this is my 2nd BLOG . InsyaAllah takkan ada yang ke-3 . Blog ini aku akan menceritakan serba sedikit ilmu yang aku tahu berdasarkan pengalaman aku dan mungkin juga akan ada kaitan dengan life aku sebagai seorang graduation dan cabaran-cabaran yang akan aku tempuhi selepas ini .

Blog yang sebelum ini aku banyak bercerita tentang bisnes dan kehidupan . Ada juga tentang life aku sebagai seorang student . Blog yang 1st hanyalah sebagai permulaan aku untuk berjinak-jinak dalam blogging ni . pada mulanya aku ingat nak buat blog ni selalunya berkaitan dengan kehidupan seharian kita, tempat meluahkan perasaan, dan ape-ape je la yang berkaitan dengan kehidupan kita ni . Tapi sekarang untuk diri aku, blog ni tak sesuai untuk meluahkan perasaan . kalau nak luahkan perasaan gi la ngadu kat mak ke, kawan baik ke, tak pun dengan kekasih sehidup semati korang KONONNYA lahhh . tak payah nak mengedik-gedik post kat blog . kononnya, nak buat orang yang menyakiti diri tu baca apa yang dia rasa . cara ni tak gentle langsung . dari maki-maki kat blog baik maki-maki depan-depan . baru betul-betul puas kannn .

OK, untuk yang blog ke-2 aku akan cuba dengan sedaya-upaya dan daya aku untuk buat readers rasa seronok dan tak bosan baca setiap entry dan faham apa yang aku cuba sampaikan . Entry-entry yang berguna dekat blog aku yang 1st tu akan aku updatekan kembali dengan bahasa-bahasa yang lebih baik dari sebelumnya . Bila aku baca balik entry-entry aku tu aku rasa kelakar lak . Aku nak sampaikan ilmu tapi cara penyampaian macam orang tak berilmu . HAHA .

Dah panjang lebar untuk intro kali ni, cukup la ye . Hope you all will enjoy it . Happy reading !


Wasalam ,