Tuesday 15 May 2012

Peringatan Diri


Berjanji harus di tepati
berkata janganlah berdusta
Niat di hati biar telus
jangan wujud sandiwara syaitan


berkasih biar berpada
jangan percaya jika tak pasti
jodoh yg benar pasti akan ketemu
yakinkan diri pada Tuhan yg Esa


setiap pertemuan, telah di tetapkan
setiap perpisahan, ada hikmah
setiap permasalahan ada penyelesaian

selagi ada tenaga,
selagi ada kudrat,
selagi ada hayat,
berbakti lah pada kedua org tua
selagi ada masa, selagi ada peluang
jangan sia-siakan apa yg di depan mata


ini madah byk pengertian
ikhlaskan hati mendalaminya
usah resah dgn kesempitan
kerana Allah sentiasa ada


Akal dan fikiran kurniaan teristimewa
gunakan ia dengan sebaik-baiknya
jangan bertindak tanpa tujuan
tetapkan matlamat pasti akan berjaya

No comments:

Post a Comment