Friday 30 March 2012

Defend of the Ancient

SALAM . Entry kali ni adalah tentang game yang agak femes di kalangan remaja zaman sekarang iaitu DOTA (Defend of the Ancient) .

v6.70
(Sekarang dah v6.74c)

Gambar di bawah ni adalah Hero yang akan player pilih untuk di control dalam permainan ni . Ada lebih kurang 108 Heroes yang boleh di pilih . Setiap version baru akan ada Hero yang baru . Gambar di bawah ni adalah yang latest aku amek kat www.playdota.com .


Setiap game maximum capacity player adalah 10 orang . Jadi ia akan 5 vs 5 . Mereka akan di bahagikan kepada group Sentinel dan group Scourage . Objektif dalam game ni adalah untuk merampas ataupun dengan ayat yang lebih mudah adalah untuk memecahkan main tower group musuh .


di bahagian Timur Laut adalah base team Scourage manakala kat bahagian Tenggara lak base team sentinel . Setiap team akan cuba serang base musuh masing-masing tapi mereka perlu musnahkan tower pertahanan musuh di setiap lane .


Setiap Hero yang di pilih mempunyai kuasa yang berlainan . So, skill semulajadi player sgt penting dalam game ni dan juga TEAMWORK . Kalau gerak secara SOLO, probability untuk kalah sangat tinggi . =)

Cara permainan game ni adalah complicated . Nak jadi seorang yang professional dalam game ni perlukan masa yang lama . Player perlu memahami situasi mereka dan musuh-musuh mereka supaya mereka tahu apa yang perlu di buat untuk menguatkan dan mempertahankan base mereka .

Silap langkah akan merugikan team masing-masing . So, kepakaran dan pengalaman itu penting . Biasanya, game ini di kuasai oleh orang ASIA dan kebanyakan dari mereka adalah orang cina .

Nak cerita panjang-panjang lagi pun aku bukannya tahu sangat dan yang first time tahu tentang DotA ni pun takkan faham senang-senang camtu je . lebih baik korang try main baru korang tau feeling dia macam mana .

Penangan DotA memang berhantu . Kalau lelaki yang main, sorry kepada awek si lelaki ni , belum kahwin lagi korang akan di madukan dengan game ni . DotA yang utama dan awek yang ke-2 !! Kalau untuk penerangan maksud DotA ni oleh gamers or peminat fanatik DotA adalah :

D - unia
O - rang
T - anpa
A - wek

HOWEVER , bila awek ni SMS si lelaki yang tengah khusyuk main DotA ni dan si lelaki ni sanggup pause game untuk reply SMS tersebut, PLEASEEEEE ............ Jadi isteri dia dan jangan tinggalkan dia kerana lelaki ini bakal jadi suami yang paling prihatin dan penyayang ! HAHA

Entry ni aku buat khas untuk si Keriangan @ Kegirangan . =)

Ni ada video dari Basshunter - DotA


p/s : DotA sangat-sangat-sangat menguji kesabaran dan nafsu tamak anda .
=)
pss : Spiritual, Mentaliti, dan fizikal kena kuat . Jangan hentak mouse anda jika kalah .

Sunday 18 March 2012

Empty Your Cup

SALAM . Apa yang korang faham maksud "Empty Your Cup" ? kalau tengok kamus (google translate) maksudnya kosongkan cawan anda . Tapi aku bukan nak suruh korang kosongkan cawan korang tu . Ayat Empty Your Cup ni aku dapat dari seorang jutawan MLM (multi-level marketing) iaitu Pathman Senathirajah . Beliau salah seorang businessman yang aku salute abes la bila aku dapat tahu background beliau . kalau nak tahu lebih sal Pathman ni korang gi la kat  facebook page beliau ~> click here .

OK continue , setiap orang ada EGO right ??  walaupun tak banyak, tapi EGO ni adalah lumrah kehidupan manusia . tak payah nak membongak cakap tak EGO . kalau cakap tak de motor EGO tu aku caya la .


Kenali diri anda, selami diri, tanya pada diri, berapa banyak dan berapa tinggi percentage ke-ego-an anda ?
Bila EGO tu terlalu banyak dalam diri, sangat-sangat-sangat tak elok . biasanya orang yang EGOnya tinggi adalah orang yang tetap pada pendirian yang melampau walaupun dia tahu kebenarannya . Ini adalah orang yang berpendirian tetap yang ---> BANGANG .

Bukan nak kata 100% EGO tu tak bagus . Tapi kadang kala ada jugak bagusnya . EGO tu membuatkan orang nmpk kita lebih confident . Tapi ! gunakan EGO pada situasi dan persekitaran yang betul . Jangan 24/7 EGO .

Intro untuk entry dah tamat . Sekarang balik pada pangkal jalan ye . Aku nak uji daya imaginasi korang . Cuba korang bayangkannn segelas air yang penuh bila di isi lagi dengan air, ape akan jadi ?

dapat bayangkan takk ???

kalau tak dapat bayangkan, sila tengok gambar di bawah ni . :p


Ini gelas yang telah di isi penuh tapi orang yang isi ni degil, nak isi lagi . Jadinya, tumpah lah air tu . Ini bagai orang yang berlagak banyak ilmu dan EGOnya 200% , tak boleh nak terima pendapat orang yang lebih muda ataupun baginya orang tu tak banyak ilmu seperti dia .

Segala info dan pendapat akan di block habis habisan . Bagai otak dia telah di install Antivirus Kaspersky 2020 (premium) dan pendapat orang lain bagai VIRUS yang akan merosakkan otak dia . lagi sekali ini adalah contoh orang BANGtettttttttttttttttttttttttttttttttt !!! connection error plox !

Now, try you all compare with this picture :



Lancar je perjalanan air tu masuk kan ? Ini lah cara orang yang benar-benar berilmu . Jangan reject someone tu sebelum dengar pendapat or pengalaman dia . Try to listen and think before you speak . Berkata dengan bijak bukan berkata dengan hanya kata-kata . Tak semua yang kita tahu, kita tahu dan tak semua yang kita tak tahu kita tahu .


Untuk readers yang masih belajar and especially for university student, if you are repeated student, please come to class although you already know about the chapter . Mungkin Lecturer kita akan ajar method yang lebih mudah and simple, berbanding dengan method yang kita dah sedia tahu tapi itu pun tak pernah dapat jawapan dengan betul .

Semoga apa yang aku nak sampaikan, sampai kat KEPALA HOTAK KORANG . haha . CHILL ! 

FRIEND that NEVER END


SALAM . Setiap insan memerlukan sahabat . Tapi sahabat ni sangat subjektif . sahabat terbahagi kepada 2 :
1. Sahabat dunia dan akhirat
2. Sahabat DUNIAWI semata-mata

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sahabat dunia dan akhirat susah kita nak jumpa . Tapi bila dah jumpa tu, hargai lah mereka . 
Sahabat duniawi ni bersepah . tapi bila kita susah mereka macam tak wujud . hilang camtu je .

maka, beringat2-ingat dan berhati-hati lah ketika nak bersahabat . :)

Saturday 17 March 2012

STARTing

SALAM . Ini permulaan baru untuk hidup baru dan BLOG aku yang baru . Blog sebelum ni agak serabut dan banyak yang perlu di perbaiki dan aku malas nak betulkan . Now, this is my 2nd BLOG . InsyaAllah takkan ada yang ke-3 . Blog ini aku akan menceritakan serba sedikit ilmu yang aku tahu berdasarkan pengalaman aku dan mungkin juga akan ada kaitan dengan life aku sebagai seorang graduation dan cabaran-cabaran yang akan aku tempuhi selepas ini .

Blog yang sebelum ini aku banyak bercerita tentang bisnes dan kehidupan . Ada juga tentang life aku sebagai seorang student . Blog yang 1st hanyalah sebagai permulaan aku untuk berjinak-jinak dalam blogging ni . pada mulanya aku ingat nak buat blog ni selalunya berkaitan dengan kehidupan seharian kita, tempat meluahkan perasaan, dan ape-ape je la yang berkaitan dengan kehidupan kita ni . Tapi sekarang untuk diri aku, blog ni tak sesuai untuk meluahkan perasaan . kalau nak luahkan perasaan gi la ngadu kat mak ke, kawan baik ke, tak pun dengan kekasih sehidup semati korang KONONNYA lahhh . tak payah nak mengedik-gedik post kat blog . kononnya, nak buat orang yang menyakiti diri tu baca apa yang dia rasa . cara ni tak gentle langsung . dari maki-maki kat blog baik maki-maki depan-depan . baru betul-betul puas kannn .

OK, untuk yang blog ke-2 aku akan cuba dengan sedaya-upaya dan daya aku untuk buat readers rasa seronok dan tak bosan baca setiap entry dan faham apa yang aku cuba sampaikan . Entry-entry yang berguna dekat blog aku yang 1st tu akan aku updatekan kembali dengan bahasa-bahasa yang lebih baik dari sebelumnya . Bila aku baca balik entry-entry aku tu aku rasa kelakar lak . Aku nak sampaikan ilmu tapi cara penyampaian macam orang tak berilmu . HAHA .

Dah panjang lebar untuk intro kali ni, cukup la ye . Hope you all will enjoy it . Happy reading !


Wasalam ,