Saturday 17 March 2012

STARTing

SALAM . Ini permulaan baru untuk hidup baru dan BLOG aku yang baru . Blog sebelum ni agak serabut dan banyak yang perlu di perbaiki dan aku malas nak betulkan . Now, this is my 2nd BLOG . InsyaAllah takkan ada yang ke-3 . Blog ini aku akan menceritakan serba sedikit ilmu yang aku tahu berdasarkan pengalaman aku dan mungkin juga akan ada kaitan dengan life aku sebagai seorang graduation dan cabaran-cabaran yang akan aku tempuhi selepas ini .

Blog yang sebelum ini aku banyak bercerita tentang bisnes dan kehidupan . Ada juga tentang life aku sebagai seorang student . Blog yang 1st hanyalah sebagai permulaan aku untuk berjinak-jinak dalam blogging ni . pada mulanya aku ingat nak buat blog ni selalunya berkaitan dengan kehidupan seharian kita, tempat meluahkan perasaan, dan ape-ape je la yang berkaitan dengan kehidupan kita ni . Tapi sekarang untuk diri aku, blog ni tak sesuai untuk meluahkan perasaan . kalau nak luahkan perasaan gi la ngadu kat mak ke, kawan baik ke, tak pun dengan kekasih sehidup semati korang KONONNYA lahhh . tak payah nak mengedik-gedik post kat blog . kononnya, nak buat orang yang menyakiti diri tu baca apa yang dia rasa . cara ni tak gentle langsung . dari maki-maki kat blog baik maki-maki depan-depan . baru betul-betul puas kannn .

OK, untuk yang blog ke-2 aku akan cuba dengan sedaya-upaya dan daya aku untuk buat readers rasa seronok dan tak bosan baca setiap entry dan faham apa yang aku cuba sampaikan . Entry-entry yang berguna dekat blog aku yang 1st tu akan aku updatekan kembali dengan bahasa-bahasa yang lebih baik dari sebelumnya . Bila aku baca balik entry-entry aku tu aku rasa kelakar lak . Aku nak sampaikan ilmu tapi cara penyampaian macam orang tak berilmu . HAHA .

Dah panjang lebar untuk intro kali ni, cukup la ye . Hope you all will enjoy it . Happy reading !


Wasalam ,

No comments:

Post a Comment