Sunday 18 March 2012

FRIEND that NEVER END


SALAM . Setiap insan memerlukan sahabat . Tapi sahabat ni sangat subjektif . sahabat terbahagi kepada 2 :
1. Sahabat dunia dan akhirat
2. Sahabat DUNIAWI semata-mata

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sahabat dunia dan akhirat susah kita nak jumpa . Tapi bila dah jumpa tu, hargai lah mereka . 
Sahabat duniawi ni bersepah . tapi bila kita susah mereka macam tak wujud . hilang camtu je .

maka, beringat2-ingat dan berhati-hati lah ketika nak bersahabat . :)

No comments:

Post a Comment